Saturday 23 November 2019

SAMBUTAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019

19 November - Sekitar Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2019. majlis ini diadakan pada setiap akhir tahun pembelajaran semasa bagi menghargai usaha para murid dalam bidang akademik dan kokurikulm. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Tuan YDP PIBG En. Suhaimi bin Salleh. Majlis berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya majlis ini, ia akan dapat membentuk sifat persaingan yang sihat dan pembakar semangat murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum pada masa akan datang.


Monday 4 March 2019

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, KETUA-KETUA KELAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN BRIGED BESTARI 2019

4 Mac - Majlis watikah bagi Pengawas,Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-Ketua kelas, Pengawas Pusat Sumber dan Briged Bestari SKAC sesi 2019 telah dijalankan. Majlis disempurnakan oleh Tuan YDP PIBG En. Suhaimi bin Salleh diiringi Guru Besar, En. Fadzil Bin Ariffin  .







Pelantikan sebegini diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf peranan yang mereka bawa untuk pihak sekolah. Semoga dengan watikah ini, panjawat jawatan yang dilantik akan memberikan contoh dan tauladan yang baik rakan-rakan yang lain dan melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.

PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2019

1 Mac - Pihak sekolah melalui jawatankuasa PPDA telah melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Program ini bertujuan memberi kesedarankepada murid-murid mengenai bahayanya dadah pada semua. Majklis telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Widyawati Bt Mahmood disertai barisan pentadbiran yang lain. Simbolik pelancaran adalah dimana replika rokok iaitu punca awal pembabitan dalam gejala penyalahgunaan dadah dipadamkan dan ia bermaksud katakan tidak kepada rokok dan dadah.




MAJLIS GOTONG ROYONG BERSAMA PIBG 2019

16 Februari - Pihak Sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah menganjurkan majlis gotong royong bagi menceriakan kawasan sekolah, bilik darjah dan juga bilik pengurusan PIBG. Majlis dihadiri YDP PIBG, En. Suhaimi Bin Salleh dan rakan ajk pibg, ibu bapa serta guru-guru SKAC.




Wednesday 20 February 2019

MSSD HULU LANGAT - BOLA BALING L DAN P BAWAH 12

17 Februari - Sekalung tahniah kepada Kem Bola Baling kerana mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan Bola Baling MSSD Hulu Langat. Syabas kepada skuad perempuan yang dipimpin oleh Cikgu Erlina, Cikgu Hafiz dan Cikgu Shaziah. Skuad Bola Baling Perempuan merangkul kedudukan Naib Juara selepas tewas Final kali-ke3 dalam tempoh 8 Tahun. Masih belum diperkenankan untuk dinobatkan sebagai Juara, tetapi semangat juang yang dipamerkan amat membanggakan SKAC dan warganya. Perlawanan Akhir tersebut berkesudahan SKAC 4 vs 5 SK Kg Cheras Baru. terima Kasih pada Tuan Guru Besar kerana sudi hadir menyaksikan perlawanan.




Manakala Skuad Musang (Lelaki bawah 12) hanya mampu sehingga ke peringkat Suku Akhir apabila tewas kepada tuan rumah Sk Bandar Rinching dengan keputusan SKAC 1 vs 3 SK Bandar Rinching .Sk Bandar Rinching menjadi Naib Juara pada temasya kali ini. Untuk makluman, 4 jaringan pemain SKAC dibatalkan ketika perlawanan tersebut. Apa pun tahniah kerana telah berjuang habis habisan. Skuad lelaki dipimpin oleh En. Meor Ahmad Faisal. Cuba lagi tahun hadapan. Moto Skuad Bola Baling SKAC, ' RESPECT ALL FEAR NONE'. 5 Orang pemain Bola Baling Skac telah berjaya terpilih untuk pasukan Hulu Langat bagi perlawanan peringkat Negeri yang dijadualkan berlangsung di UITM Shah Alam. mereka ialah
Mohd Ikhbal Syafiq Bin Tinglan
Mohd Danial Adha bin Abdullah
Nur Amira Balqis Bt Khamis
Nurul Esha Ezzaty Bt Khairul Azwar
Noor Atikah Bt Misyadi

MSSD HULU LANGAT - PING PONG

1 Februari - Sekalung tahniah diucapkan kepada Kem Ping Pong sekolah dan  murid skac yang berikut kerana berjaya mengharumkan nama SKAC dalam pertandingan Ping Pong MSSD Hulu Langat 2019, Pasukan ini dibimbing oleh En. Hanafi Ghazali dan En. Abdul Aziz.

Hadif 
Naib Johan Perseorangan Terbuka 
Johan Perseorangan BKC(bukan kaum cina) 
Naib Johan Regu BKC

Mohd Hazim
Naib Johan Regu BKC





MESYUARAT AGUNG UNIT BERUNIFORM SKAC 2019

30 Januari - Unit Ko-kurikulum telah mengadakan sesi mesyuarat agung bagi unit beruniform. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih barisan kepimpinan organisasi masing dan ajk. Semoga semua unit beruniform skac akan terus maju pada tahun ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
 Ketua Guru Penasihat Pergerakan Pengakap SKAC En. Haziman Md Shah.

PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK SKAC 2019

Tuesday 19 February 2019

MESYUARAT AGUNG RUMAH-RUMAH SUKAN SKAC 2019

18 Januari 2019 - Unit Ko-Kurikulum telah mengadakan mesyuarat agung rumah-rumah sukan bagi sesi tahun 2019.







Thursday 17 January 2019

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2019


Selamat kembali ke sekolah 2019. Sekitar sesi pembukaan sesi persekolahan tahun 2019 di SK Ampang Campuran. Kegirangan terpancar di raut wajah anak-anak yang bersekolah di sini dan tentu juga saat yang teristimewa bagi murid-murid yang baru memasuki alam persekolahan. Tahun 2019 menyajikan kejutan pada warga sekolah ini dengan kehadiran ikon komik dan filem, Wolverine dan Ironman hasil usaha dan inisiatif Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi memulakan program Guru Penyayang. Murid-murid disambut oleh Cikgu Hanafi dan Ustaz Zakwan yang memakai kostum watak superhero itu.





Semoga tahun 2019 menjadi tahun yang lebih cemerlang dan baik dari tahun-tahun sebelumnya.