Thursday 20 September 2012

SEMANGAT JALUR GEMILANG

Tahniah!! pada guru-guru SKAC yang terlibat dalam proses menceriakan kawasan sekolah dengan hiasan jalur gemilang di setiap pelusuk sekolah. Kelihatan guru-guru yang diketuai  GPK HEM Pn. Norliza Akhbar mewarna dinding sekolah dengan Jalur Gemilang dan bendera Selangor. Turut serta guru-guru wanita membancuh simen untuk menegakkan tiang yang memaparkan maklumat PPDA.
SYABAS!! kerana SKAC mempunyai ramai guru yang bersatu padu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu aktiviti.






Tuesday 11 September 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2012

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 kepada semua murid tahun 6 SKAC. Semoga berjaya dengan cemerlang. Semua warga SKAC mendoakan kejayaan murid tahun6 semua.

Monday 3 September 2012

PERASMIAN BULAN AKTIF PANATIA PJK

Terima Kasih Puan Guru Besar Hajjah Che Hatijah kerana sudi merasmikan Bulan Aktif Panatia PJK. Berikut sekitar majlis tersebut. Gimik pelancaran dimana Puan Guru Besar melakukan pukulan gol  ke arah murid yang memakai pakaian lengkap penjaga gol hoki. Terima Kasih. Semoga ramai murid akan lebih aktif dalam bulan ini lebih dari bulan yang lain. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang bulan ini seperti pertandingan mewarna,perlawanan Futsal dan bola jaring dan berbagai-bagai lagi.





SEMANGAT PPDA

Guru-Guru SKAC bertungkus lumus menyiapkan stesen PPDA dan Bilik PPDA dengat hiasan dan makluman.


MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN TAHUN 6

Berikut ialah sekitar suasana Majlis Solat Hajat dan bacaan Yassin sempena UPSR Tahun 6 pada 30 Oqos 2012. Turut hadir ialah Pn. Hajjah Che Hatijah bt. Mohd Ibrahim, En Suhaimi b. Salleh YDP PIBG SKAC, para AJK PIBG, ibu-bapa serta guru guru tahun 6 yang berdedikasi. Semoga hajat yang dipohon pada malam itu sampai kepada Allah S.W.T.  amin