Wednesday 1 March 2017

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU LANGAT 2017

TAHNIAH!!
Sekalung tahniah kepada KEM OLAHRAGA SK AMPANG CAMPURAN kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dan warganya dalam KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU LANGAT 2017 yang berlangsung di Bangi dari 27 Februari - 1 Mac 2017. Skuad ini yang di ketuai oleh En. Vasantarao, En. Jafri dan En. Haziman berjaya dalam mengeksploitasi bakat anak murid SKAC. Skuad Olahraga SKAC telah berjaya merangkul Pingat Emas, Perak dan Gangsa dalam beberapa acara berpasukan dan individu. Tempat ke-10 secara keseluruhan bagi ketegori sekolah rendah dari 84 buah sekolah di daerah Hulu Langat dan antara pencapaian terbaik SKAC dalam kejohanan olahraga ini. Semoga kecemerlangan ini dapat membakar semangat guru-guru yang akan memimpin murid-murid dalam beberapa acara sukan lagi yang akan menyusul sehingga bulan Mei 2017. Semoga kecemerlangan ini berterusan dalam semua bidang di SKAC termasuk bidang akademik. Terima kasih juga kepada semua warga SKAC dalam memberi sokongan dan galakan. SYABAS!!!

Berikut ialah Acara dan atlit yang terlibat

EMAS - 4x100M dan PERAK 4x200m
1. Ammar Irsyad
2. Abdul Rashid
3. Mohd Faizwan
4. Muhammad Niko Adrian

GANGSA 80M Lari Berpagar
1. Abdul Rashid