Wednesday 15 August 2012

SELAMAT HARI AYA AIDILFITRI 2012




Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 1433H kepada semua warga SKAC. Semoga kita dapat sama-sama maaf memafkan sempena ketibaan hari yang mulia dan kejayaan umat islam melawan nafsu selama sebulan. Admin, memohon maaf kepada semua warga SKAC sekiranya sepanjang blog ini beroperasi, terdapat kesilapan atau kekurangan. Kepada semua guru yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya dan kepada murid-murid SKAC, jangan bermain mercun. Kepada murid tahun 6, walaupun menyambut hari raya, buku jangan dilupakan kerana Peperiksaan UPSR menjelang tiba selepas cuti hari raya. Akhir kata, 'Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin'.

MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN SEMPENA BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL





 Sekitar Majlis sumbangan anak yatim dan fakir miskin SKAC 2012. Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG En. Suhaimi Bin Salleh, diiringi AJK PIBG yang lain.


SEMANGAT 1 MALAYSIA





Semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan dari En. Ramlan dan Puan Hasnida. Bagaikan berjanji, mengenakan pakaian bertemakan patriotik sempena Hari Kebangsaan.

Monday 6 August 2012

LAWATAN KERJA KE SK LEMBAH JAYA - ISO

Pada 1 Ogos 2012 kesemua guru yang terlibat dengan pengurusan SPSK @ ISO telah membuat lawatan kerja ke sekolah SK Lembah Jaya. Guru-guru SK Ampang Campuran telah diberi taklimat oleh pengurus kualiti SK Lembah Jaya En. Zul. SK Lembah Jaya ialah sekolah rintis dalam daerah Hulu Langat dalam pelaksanaan ISO di sekolah-sekolah. Semoga lawatan kerja ini sedikit sebanyak dapat membantu SK Ampang Campuran melaksanakan proses-proses dokumentasi ISO dengan jayanya. InsyaAllah, kita akan diberi taraf ISO tiga tahun lagi.




Guru-guru SK Ampang Campuran meneliti fail-fail ISO di bilik ISO SK Lembah Jaya