Monday 30 July 2012

Pelekat kenderaan SKAC

Mulai 1 Ogos 2012 setiap warga SKAC kini diwajibkan memasang pelekat pengenalan kenderaan SKAC sebagai pengenalan atau identiti untuk masuk ke sekolah. Ini selaras dengan keinginan pihak sekolah dalam mewujudkan sekolah selamat dimana sebarang kenderaan luar yang tidak memiliki pelekat tersebut tidak dibenarkan masuk. Selaras dengan kehendak sekolah, pihak BKGK melalui En. Yusuf Samsuri selaku Naib Pengerusi BKGK telah berjaya menhasilkan pelekat kenderaan SKAC  yang berwarna oren. Semua guru dikehendaki mendapatkan pelekat ini dengan harga RM 8 sahaja. Terima Kasih En. Yusuf.

 Puan Rozita menunjukkan pelekat kenderaan yang telah dimiliki.
En. Yusuf bekerja keras mengedar dan menjual pelekat kenderaan pada guru guru SKAC.

Friday 27 July 2012

PERSIAPAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2012

Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 55, tidak ketinggalan juga SKAC untuk turut serta meraikan sambutan tersebut. Warga SKAC dengan penuh semangat patriotik bersiap sedia dengan persiapan kecerian sekolah. Kelihatan Puan Norliza Ahbar GPK HEM, Ustaz Nordin Koher GPK KOKO serta Abang Mat P.AR  bertungkus lumus memasang bendera hiasan sempena sambutan Kemerdekaan di sekeliling sekolah. SYABAS!!




Wednesday 25 July 2012

PELAKSANAAN AWAL ISO

SKAC dalam proses mendapatkan taraf ISO. Pelaksanaan awal telahpun dilakukan. Sistem pengedaran kertas peperiksaan telahpun dijalankan apabila bermulanya peperiksaan FASA 2 dan Percubaan UPSR pada minggu ini. Puan Masayu dan Pn Siti Rumainah ligat menguruskan pengedaran dan penerimaan kertas peperiksaan.





Monday 23 July 2012

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH

Semua warga SKAC mengucapkan selamat mengerjakan umrah kepada Puan Guru Besar Hjh. Che Hatijah Bt. Mohd Ibrahim yang belepas ke tanah suci pada pagi ini. Dengan iringan doa semoga selamat sampai dan pulang serta segala ibadah dan doa di sana nanti dimakbulkan ALLAH.

Friday 20 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA SKAC

Alhamdulillah, berkat ketibaan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Maka bermulalah laman blog SK Ampang Campuran ini di'onlinekan', dengan harapan dapat memberi kemudahan kepada semua warga Sk Ampang Campuran dalam mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai sekolah yang tercinta dan isu-isu semasa pendidikan. Diharap semua warga SKAC dapat memberi sokongan kepada guru-guru yang terlibat dalam menghasilkan laman blog ini. Segala maklumbalas adalah amat dihargai.