Wednesday 27 April 2016

KEMPEN MEMBACA 10 MINIT 2016

Kempen membaca selama 10 minit merupakan satu wadah untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya budaya membaca di kalangan pelajar. Dengan membaca, kita dapat mengetahui banyak maklumat dan pengetahuan. Sk Ampang Campuran telah menjalankan kempen ini pada hari Jumaat 22 April 2016 lalu. Semoga murid-murid SKAC mendapat manfaat dan kesedaran yang besar dari kempen ini.