Sesi persekolahan 2018 telah pun membuka tirainya. Lawatan mesra Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor telah memeriahkan permulaan sesi persekolahan tahun ini. Seperti biasa kehadiran semula murid ke sekolah setelah bercuti selama lebih sebulan banyak mencuri perhatian banyak pihak. Sesi pada hari pertama ini sepatutnya dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Dato Amin Senin, dukacitanya beliau dilaporkan kurag sihat untuk hadir ke sekolah bagi lawatan rasmi ini.
No comments:
Post a Comment